Jom kita jadi kawan...!

Wednesday, January 26, 2011

Le Tour de Air Tawar

sempena perlumbaan basikal yang sedang hangat berlangsung.....maklumlah perlumbaan dier kan start tengah hangat/ tengah hari/ tengah panas berdenting...apa lagi kalu bukan perlumbaan le tour de langkawi tu lerr..
macam takde nama melayu nak pakai.. padehal iklan kat tibi suruh martabatkan bahasa melayu.. last2 pakai nama perang ciis pulak...ciii siin..!
perlumbaan edisi tahun 2009..ada jugak lalu depan sekolah anak aku...syok giler dengar diorangg bercerita pasal orang lumba beskal...lepas tu suruh bapak dier beli... yang tu..manyak canteek..!
edisi 2011....yileek...diorang skip pantai timur pulak..
so terpaksa la kitaorang buat edisi sendiri la gamaknya...

laluan dier memang exsotik la..kitaorang subey baik punye...laluan tepi pantai air tawar..
pantai je nama air tawar... tapi rasa air dier masin jugak..
kalu korang tak tahu...pantai air tawar ni pusat pelancongan utama kat daerah besut ni...
lokasi dier dekat dengan pekan kuala besut...tempat transit bagi pelancong yang nak ke Pulau Perhentian..
kalu hari jumaat.. ada pasar minggu besar.. tempat shopping paling popular.. kalah bandar jertih...
start dari pukul 8 pagi hingga pukul 12 tengahari..
Pantai air tawar ni.. selalu menjadi tapak pameran aper-aper event kat besut ni..festival budayala.. festibal itula..inila...apala...
pantai dier bersambung dengan pantai demong... dan berakhir kat pantai bukit keluang..
banyak chalet-chalet dan hotel-hotel ada kat sepanjang pantai ini...
tapi yang paling best...
semua tu kat belakang rumah kitaorang je...

sempena menyambut Hari Keputeraan aku yang ke 24 tahun (ye ke..?)..lagi 12 tahun tu umur apiz (anak sulung)...
yang jatuh pada dua puluh 5 januari... pada hari sabtu lepas... dua puluh dua januari (sambut awal 3 hari sebab hari besday hari kerja)...
maka Le Tour de Air Tawar pun dilancarkan dengan rasminya...

jarak perjalanan adalah 4,000 kilo meter...merangkumi pergi dan balik...
perlumbaan bermula selepas zohor...peserta dilepaskan beramai-ramai dengan diiringi rapat keta kebal merah (proton saga lerr..)
para peserta adalah terdiri daripada 2 pasukan pro benua lelaki dan 1 pasukan benua pompuan..
lagi 2 pasukan simpanan naik keter kebal..
sebab belum cukup umur dan
belum pandai gateh (kayuh) beskal.....

cavalcade (konvoi bantuan) dier jalan kat belakang....
monitor takut ada yang terjatuh ke... tercabut rantai ke...sambil bawak bekalan untuk pit stop...
pit stop...adalah di wakaf tepi pantai belakang hotel primula point tray yang baru dibuka kembali....

Para peserta Le Tour de Air Tawar... baru sampai..

Bekalan untuk pit stop.. perlu dimasak terlebih dahulu bawah wakaf tepi pantai..


Peserta simpanan (baju pink) edisi 2011.. edisi 2015 akan menjadi jadi peserta utama bersama jurulatih pasukan.. Cekgu Normala Sudirman. cekgu Kota Putra

Sesi bergurau senda selepas pit stop....jurukamera merehatkan perut selepas penat menambah lemak tepu..

Panggilan Pulau Rhu di sebelah kiri dan Bukit Keluang sebelah kanan

Pemegang jersi polka dot merah jambu merayu untuk menggantikan pemegang jersi kelabu. Background belakang adalah Hotel Primula Besut.. (terpromo pulak)


Para peserta sebelum sesi ujian masa memecut ke garisan penamat ke rumah.. tudung merah adalah peserta simpanan ke2...

Peserta simpanan ke-1 meluru untuk mengkerabat jurukamera..
Pit stop berakhir bile azan asar berkumandang.... (giler lama punya pit stop..!)
Le Tour de Air Tawar diakhiri dengan sesi ujian masa dan ujian pecut ke garisan penamat di rumah mini...!!

Sunday, January 23, 2011

Dialog calon UPSR..

satu hari... satu famili tujuh beranak sedang menikmati putu piring..
hari jumaat... beli kat pasar minggu kuala besut... 5 dua riyal....

hari ahad...beli kat pasar malam kg. raja...4 dua riyal...
maka terjadilah dailog macam ni...

calon UPSR: habis dah kueh..orang tak dan make lagi...
bapa: tula..lewat lagi make... barang lani koho mahal doh..
         lepas ni kena kurang make kicap... kurang gula...kurang make bawang...
         barang dah naik harga dah....
calon UPSR: sapa buat naik harga barang ni..ayoh?
bapa: pee em la! (kan pee em yang naikkan harga petrol..harga gula..harga spender je murah...)
calon UPSR: kita tukar je pee em la ayah...asik naikkan harga barang...

amacam......? ada bran....?
Cara masak putu piring..SINI

Putu piring 5 butir... 2 riyal...gambar cilok SINI